Tuesday, December 23, 2008

WHO INSTRUCTS TV3 TO ATTACK AHMAD SAID?

by Si Keldai, malaysiaaktif.com

"....Apa tujuan TV3 menyerang Ahmad Said (photo)? Berlaku pula ketika UMNO Terengganu sedang bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya kecil Kuala Terengganu. Barangkali ada kaitan dengan urusan pemilihan calon BN untuk pilihan raya itu. Agaknya Ahmad Said telah melukai perasaan orang-orang tertentu dalam memilih siapa yang layak dan tidak layak menjadi calon BN dalam pilihan raya kecil itu.

Disebabkan orang kuat di Bahagian Hal Ehwal Semasa TV3 adalah bekas Setiausaha Akhbar Pak Lah, maka peristiwa ini boleh menimbulkan tanggapan buruk terhadap Perdana Menteri. Seolah-olah TV3 menyerang Ahmad Said dengan restu Pak Lah. Tidak fasal-fasal Pak Lah yang dapat nama buruk..." Read more

No comments:

Post a Comment